Ayam Goreng Cili Padi

by - April 18, 2017

Bahan A:-
1 ekor ayam dibersihkan dan dibelah 8
1 batang serai ditumbuk lumat
sedikit lada hitam
sedikit tepung beras
sedikit kunyit serbuk & garam
Bahan B:-
1 genggam cili padi 
Campur sedikit cili merah
2 labu bawang besar
1 batang serai
garam secukupnya
gula sedikit sebagai balance rasa
Cara :-
Setelah ayam dibersihkan, lumurkan bahan A ke ayam dan perapkan selama 1 jam. Setelah itu boleh digoreng ayamnya sehingga kekuningan. Bahan B hendaklah ditumbuk tetapi jangan hancur dan serai hanya dititik. Tumis bahan2 ini jangan sampai garing. Kemudian campurkan ayam gorengan tadi kedalm tumisan ini. Siap untuk dimakan.jika tidak tahan pedas, cili padi boleh digantikan dengan cili merah atau cili kering.

You May Also Like

1 comments



Popular Posts