Resepi Sagu Mata Ikan

by - April 14, 2017


     RESEPI KUIH SAGU MATA IKAN
I cawan sagu biji
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
3/4 penutup pati sirap ros
daun pandan
kelapa parut putih
secubit garam
Simple je bahan-bahannya ...
Mulakan dengan minyakkan acuan. Boleh juga gunakan loyang besar..
Jangan lupa panaskan kukusan. Saya suka letak beberapa helai daun pandan supaya kuih lebih harum
Kukus sekejap kelapa parut putih...dalam masa 10 minit. Kemudian baru digaul dengan sedikit garam halus..Ini supaya kelapa tak mudah basi.
Sediakan bahan utama...1 cawan sagu biji (yang kecil)..Kalau yang besar-besar tu jarang digunakan untuk
buat kuih ni (sesuai diletak dalam air batu campur- ABC ). Lalukan air...tak perlu rendam.( kalau nak buat banyak... cuma gandakan bahan-bahan )
Mula-mula didihkan 3 cawan air...yang telah diletak pati sirap ros ( pati ini pekat dan tawar ). Letak juga beberap helai daun pandan. Setelah mendidih ..keluarkan daun.
Step 1 : Masukkan sagu kedalam air yang telah mendidih itu.
Step 2 : Kacau sekali sekala..( anggaran masa selama 5 minit.) Selalu kaupbalikkan dan api biar sederhana.
Step 3 : Setelah 5 minit..masukkan pula 1/2 cawan gula pasir. Gaul rata hingga gula benar-benar larut.          ( anggaran masa 2 minit )
Ha..rasanya dah separuh masak. Tutup api. Sudukan kedalam acuan.Tak perlu isi sampai penuh.
Kukus selama 20 minit.( kerana guna acuan kecil ) Jika guna loyang.. ambil masa lama sedikit. lebih kurang 40 minit.Jangan lupa balut penutup periuk supaya wap tak jatuh atas kuih menyebabkan lebihan cairan dan kuih mungkin akan lembik.Pastikan tiada lagi butir sago yang masih belum masak...baru keluarkan acuan.
Biarkan kuih menyejuk dahulu lebih kurang 1/2 jam. Jika keluarkan kuih ketika masih panas...ia akan merebak dan sedikit melekit. Jadi.. sila tunggu..Tengoklah kuih diatas ni . Cantik terbentukkan? So...adalah penting untuk biar ia menyejuk dulu. .....
Jika guna loyang pun kena biarkan sejuk dahulu kemudian baru potong.
Salutkan dengan kelapa parut...Uhh..sedapnya. Kalau suka makan sejuk, masukkan dalam petisejuk.
Kredit resepi ummuzalina


Resepi Sagu Mata Ikan

You May Also Like

0 comments



Popular Posts