Roti puri kak ina

by - April 13, 2017

Roti puri sedap dimakan masa panas2 tau...kalau da sejuk liat sikit..kali ni kita makan ngan dalca sayur ye
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum*
1sdt yis kering brand mauripan*
1sdt gula*
3sdb minyak masak*
1/2 sdt garam*
3/4 cawan air panas
Cara-caranya
1. Campurkan kesemua bahan bertanda *. Gaul rata hingga berderai-derai
2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit. Saya uli dengan tangan je.. tapi doh rasa panas sikit la.. hehe
3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong
4. Peram selama 30 minit di dalam bekas bertutup
5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana
6. Gelekkan doh yang dibentuk bola pingpong tadi. saya taburkan sedikit tepung gandum diatas tempat gelek supaya tak melekat. 2-3kali gelek je dah cukup pastu terus masuk dalam kuali. Goreng satu-satu. Sambil tu siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung dan balik-balik..

You May Also Like

0 comments



Popular Posts