Resepi Mee Goreng Dan Garlic Bread

by - May 28, 2017


Assalamualaikum...

Alhamdulilah dah hari kedua hari ni kita berpuasa kan...korang berbuka apa tu?ok lah kak lina nak share resepi mee goreng...ala mee goreng je kot,semua orang pandai lah...hahaha apa kata cuba resepi dari kak lina eh...senang je ni simple pulak tu..


Lada kering 10 tangkai(ikut kepedasan yang korang nak)
1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
segengam udang kering
*semua bahan diatas diblender halus ye..

Bahan hiris
1 biji bawang besar
1 biji bawan putih

fishball
udang
taugeh
sayur sawi
tomato
kicap
sos cili
sos tiram
garam dan gula




Tumis bawang merah dan putih sehingga garing,kemudia masukkan bahan yang di kisar tadi..tunggu sehingga garing barulah masukkan sedikit air,bila dah menggelegak bolehla masukkan fishball dan udang...pastu masukkan sos tiram 2 sudu,sos cili 2 sudu garam dan gula,jangan lupa renjiskan kicap manis sedikit,kalau suka mee warna gelap masukkan kicap pekat sedikit.



ok akhir sekali masukkan mee kuning,sayur sawi dan taugeh kita tadi,gaul sampai rata ye...untuk hiasan taburlah bawang goreng,daun sup dan daun bawang.....done....siap dihidangkannnn...


resepi garlic bred 

1 buku roti perancis
1 sachet sup segera cendawan keju dengan crouton
buttercup(garlic spred with herbs)


 korang potong roti perancis tu cantik-cantik..pastu sapu garlic spread with herbs,sapu dikedua -dua belah ye..kemudian bakar diatas kuali non stik...jangan lama-lama cukup sekadar nak panaskan sedikit je...



Dah siapppp...sedap uols rasa dia...rangup sangat dengan wangi butter bawang putih tu..pastu dicecah pulak dengan sup cendawan walllahhhhhh.....hihihih....sup cendawan tu just campurkan je dengan 200ml air panas...selamat mencuba......











You May Also Like

11 comments

  1. Amboi menarik..esok balik umah sewa bleh la cuba ni..masak simple2 je..kan..

    ReplyDelete
  2. Wah, nampak senang dan sedap nk buat. Nak try la nanti. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi aliza,betul tu sng je resepi ni

      Delete
  3. Senangnya recipe! Boleh cuba masa makan snack nanti dgn anak2

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sis! Boleh cuba ni :))

    ReplyDelete
  5. Senangnya nak masak sebenarnya and you have show it! Would love to try this recipe soon.

    ReplyDelete
  6. oh gosh this is so tempting I want some now... hungry.... dahlah subuh dah... huhuhu

    ReplyDelete
  7. The recipe ain't too hard to follow, will try make one this weekend as well :)

    ReplyDelete
  8. huwaaaa sodapnyeeee... leh try nanti..

    ReplyDelete
  9. wow.
    garlic spread tu.
    nak carik lah.
    best nyer garlic bread :-)

    ReplyDelete



Popular Posts