Suami Jenis Apakah Kamu Ini

by - May 21, 2017

Assalamualaikum..

 Hari ini kak lina terpanggil untuk berkongsi dengan semua satu cerita yang kak lina baca di Facebook..rasa macam tak percaya,ada ke lelaki macam ni..berlaku kejam pada isteri sendiri semasa di dalam pantang..tak tengok ke betapa seksa si isteri semasa melahirkan anak kamu..cuba korang baca kat bawah ni :



Sedih ada suami letak ubat tidur dalam minuman isteri yang sedang berpantang supaya dia boleh perkosa isterinya sendiri.Kerana isterinya menolak untuk bersama dalam nipas.Antara komen yang saya baca,menyalahkan isteri tersebut kerana 'mendorong'suaminya(suaminya yang letak ubat luka dibahagian miss v).
pertama kali saya hairan,macamana suami tak timbul rasa kasihan,ngeri,takut dan insaf apabila tengok miss v yang berjahit.saya bertambah hairan, kalau bukan suami yang bantu sapu ubat luka,maka siapa lagi?isteri sendiri?kalau sapu uabt luka pun tak boleh nak bantu,saya nak kata apa lagi. 
kedua saya hairan,sedangkan isterinya masih dalam pantang nifas.masih ada darah yang keluar.maka memang tak boleh bersama.


Sepatutnya suami lah yang bantu isteri semasa dalam pantang kan..bagi support pada isteri..sakit melahirkan ni hanya yang pernah merasa je tahu betapa sakit dan perit nya.belom lagi yang ada komplikasi..allahuakbar...semoga allah bukakan pintu hati suami2 yang seperti ini.

Moga lelaki-lelaki diluar sana pelajarilah ilmu perkhawinan dan tingkatkanlah iman didada agar kes-kes seperti ini tidak timbul lagi.
Marilah kita tanamkan perasaan kasih sayang terhadap pasangan kita,hargailah mereka semasa ada,dan janganlah aniya atau sakiti pasangan kita -AMIN-

Maka itu berkhawinlah dengan orang yang takut ALLAH.jangan khawin kerana cinta/nafsu.

Setakat ini dahulu..berjumpa dilain entri.

suami isteri


gambar dari google

MENULIS DARI HATI
-KAK LINA-

You May Also Like

0 comments



Popular Posts