BR1M 2017 Peringkat Kedua Dibayar Mulai 5 Jun - Johari

by - June 02, 2017

Assalamualaikum...

Pada yang berkelayakan untuk mendapat brim,pembayaran akan dibuat pada 5  jun ini,alhamdulilah pada yang layak,dapatlah menambah dana membuat persiapan hari raya ni,paham-paham jelah bulan raya ni kan...semuanya nak guna duit..

Apa pun di ingatkan agar jangan membazir ye..beli ikut keperluan sahaja...

KUALA LUMPUR: Pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini.
Beliau berkata pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.




"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.


You May Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah pada penerima BRIM.

    ReplyDelete
  2. Saya cuba haritu, tapi tak layak sebab dah kahwin. haha. Akak dapat tak?

    ReplyDelete
  3. Untunglah siapa yg berjaya dpt brim bolehlah back Tu sikit2 perbelanjaan raya nanti

    ReplyDelete



Popular Posts