Resepi Kari Daging Pekat Terpikat

by - June 07, 2017

Assalamualaikum...
Amboiii tajuk resepi hari ni,kemain lagi pekat memikat pulak ekkk...haha,tapi kari ni memang pekat uolss...memang terpikat kalau dah rasa..semalam kak lina masak resepi ni sebab dah jemu makan ikan ngan ayam..hari ni goreng ikan kering dah ler...bukan nak makan sangat pun...air je lah bergelen minum.resepi ni simple sangat dan mudah,jom kita cuba.




Resepi Kari Daging Pekat Terpikat

Resepi Kari Daging Pekat Memikat

Bahan Kisar.
-Bawang merah 2 biji
-Bawang Putih 3 ulas
-halia 1 inci

Bahan Hiris.
-Bawang Merah 1 biji
-Bawang putih 1 ulas

Daging 1 magkuk kecil
Lada Kisar 2 sudu
Daun Kari
Kentang
Serbuk Kari Daging
Serbuk perasa
Asam Jawa
garam.

Cara-Cara:

Panaskan minyak dalam 3 sudu,kemudian tumis bahan hiris tadi bersama daun kari sampai garing,kemudian masukkan bahan kisar,biar sampai pecah minyak..
Bila minyak dah pecah bolehla di masukkan lada kisar dan serbuk kari daging tadi,pastikan rempah garing dahulu ye baru masukkan daging,kalau kita pakai daging mahal xyahlah rebus,tapi kalau daging biasa tu eloklah direbus dulu ye..takut liat dan makan masa nak masak nanti.
kentang jangan lupa masukkan sekali,tunggu sehingga mendidih kuat dging kita tu,kalau tak suka pekat masukkan air lebih sikit.
Setelah daging empuk bolehla dimasukkan air asam jawa,garam dan serbuk perasa,tunggu sehingga pekat sedikit barulah matikan api.
*kak lina masak memang tak taruk santan,kalau korang nak silalah letak sedikit ye.


You May Also Like

3 comments

  1. HOOOOHOIIII kak! bikin laparrr tengok lauk ni. tapi daging takde.. buat ayam kari pon syok gak kan berbuka nanti.. tumbuk sambal belacan!

    ReplyDelete
  2. itu memang padu dikkk....hahahah adoiilaaa...

    ReplyDelete
  3. Kemahennn tajuk tuu.. hehehe.. tapi nampak kari tu cam sodap jerk.. nyumm nyumm..

    ReplyDelete



Popular Posts