Takziah-Raja Farah Keguguran

by - June 21, 2017

Takziah-Raja Farah Keguguran| Kesian raja farah,disaat orang lain gembira nak menyambut syawal,dia pula ditimpa dugaan dimana dia keguguran semalam...semoga raja farah redha dengan ketentuan yang maha esa.mungkin bukan rezeki raja farah...insyaallah ada yang lebih baik menanti raja farah nanti.Comel kan anak sulung raja farah..kak lina suka sangat dengan raja farah ni,orang nya baik dan low profile pulak tu..semoga ada hikmah disebalik yang berlaku.-Amin-


Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian. Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti.
Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya ketika kita semua hendak menyambut Hari Raya.
Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan. Mujurlah ketika kejadian, saya ditemani ibu bapa dan anak sulung (Imran).


raja farah keguguran
Takziah-Raja Farah Keguguran


Sumber Berita Harian


You May Also Like

1 comments



Popular Posts