Resepi Nasi Goreng Cina

by - July 16, 2017


Resepi Nasi Goreng Cina|  Resepi yang simple dan mudah di masak...sesuai di masak ketika hujung minggu..yelah tentu banyak program kan cuti2 ni...kita buat sarapan nasi goreng cina..pastu kenyang sampai tengahari kira macam brunch la gituuu....haha..
Nasi goreng cina ni sesuai la untuk anak2 kecik sebab tak pedas,malah mesti diaorang suka sebab rasa lemak2 masin dari rasa planta tu...makan panas2 ermm...memang menambah laa...


Resepi Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan:

Nasi putih semangkuk
Bawang merah 1 biji dihiris
Bawang putih 2 ulas dihiris
Lada Merah dihiris
Cili Api dihiris
Lobak
Isi Ayam
Telur
Fish Cake
Kiub ikan bilis
Lada Sulah
Garam
Planta

Cara-Cara:

1.Panaskan planta 2 sudu besar dan minyak masak dalam 3 sudu besar.
2.Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
3.Masukkan cili api,lada merah,fish cake,lobak dan isi ayam.
4.Bila ayam dah masak masukkan kiub pati ikan bilis.
5.pecahkan telur 2 biji..tunggu telur beku dan kacaukan sampai masak.
6.masukkan nasi yang telah dilerai2 kan...
7.Gaul nasi hingga sebati dan masukkan garam serta lada sulah.
8.Goreng sampai rata dan puas hati.
9.Tutup api dan hidangkan.



You May Also Like

10 comments

  1. ikan bilis mesti kne ada hehhe...bru best

    ReplyDelete
  2. mmg betul..ikan bilis mesti ada pastu utk kita yg dewasa ni..cili api potong...makan sambil meleleh airmata..hehe

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. mama dtg bawa pinggan ni

    ReplyDelete
  4. ada googgle adsense la blog ni

    ReplyDelete
  5. sedap ni nasi goreng cina.. favourite.

    ReplyDelete
  6. okey..esok nak buat nasi goreng cina la....lama x buat ni

    ReplyDelete
  7. wahh... macam tau-tau je keperluan orang bujang. haha. bolehlah nanti saya cuba menu ni. simple dan sedap!

    ReplyDelete
  8. Sonang rupanya nak buat nasi goreng cina... Fav anak ini... Tapi kita selalu masak nasi goreng kosong walaupun lebih kurang sama je cara masaknya.. cuma kurang serinya sebab xde ayam, fish cake sayur mayur je la

    ReplyDelete
  9. Bestnya, tiba tiba rasa nak masak nasi goreng haha

    ReplyDelete
  10. alamak kak lina elsa lapoooooo! hahaha

    ReplyDelete



Popular Posts